Thursday 9 February 2012

Saya tahu saya yang salah!!

`Kak Normah.. saya sedih..`

`Kenapa?'

`Lecturer tu...'

`Tak bagi awak A?' Kawan saya telah dapat meneka kesedihan saya..kawan sejati memang cepat membaca isi hati kawannya..

`Saya dah buat yang terbaik tapi saya dapat A-'...tapi memang salah saya..saya pernah rasa tak puas hati dengan pensyarah ni dulu..agaknya itulah balasan terhadap dosa saya..tak berkat...

`Ada anak murid kita dulu bernama ......, dapat A semua subjek lain kecuali Fizik....sebab dia pernah mengadu pasal cikgu Fizik .. mungkin tak ada keberkatan itulah sebabnya..walaupun teruk seseorang cikgu kita kena redha dan tak boleh komplen..' ujar kawan saya ni dengan suara yang lembut..

Saya tahu saya salah..walaupun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesedihan tapi saya sedar apa yang tertulis adalah yang terbaik untuk saya..

Pengajaran yang saya dapat daripada kejadian tersebut adalah satu yang lebih bermakna berbanding  markah yang cemerlang...iaitu jangan mengata, mengadu, apatah lagi menyakitkan hati orang lain lebih-lebih lagi orang yang memberi ilmu kepada kita....

Semoga saya mendapat ikhtibar daripada kejadian ini..

4 comments:

  1. baiknya kawan mutiarasuri tu... macam pandai je nasihat ke orang ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka dengar nasihat kawan saya tu dan lawaknya

      Delete
  2. Imam Abu Hanifa hormat gurunya walaupun dia seorang kafir. Dia tanya gurunya itu, bila anjing cukup umur. Kata gurunya bila anjing itu kencing berdiri. Imam Abu Hanifah bangun bila gurunya yang kafir lalu dekat dengan tempat dia mengajar. Walaupun mengajar hanya satu ilmu, tetap dianggap guru. Ijtihad Imam Abu Hanifah berkat kerana hormatnya pada guru.

    ReplyDelete