Monday 21 November 2011

Hujan yang turun bagaikan Mutiara

Kring!!!!
Sebaik sahaja saya sampai di rumah tiba-tiba telefon bimbit saya berdering minta di angkat. Deringan Telefon bimbit saya turut menyebut nama si pemanggil. Canggih betul telefon sekarang, boleh sebut nama pemanggil. Pencipta telefon ni memang inovatif dan bijaksana. Tetapi saya bukan nak cerita pasal si pembuat telefon ni.

`Hello!! ' Suara jiran saya kedengaran dihujung telefon.
Ya, saya. Ada apa Kak yah? (Tanya saya kepada jiran yang menelefon)
`Awak takde kat rumah ke? Kain di ampaian tak berangkat. Dah kena hujan pun. Sungguh prihatin jiran saya ni..

Oh! ye ke? Dalam hati saya berfikir, bila pula saya jemur kain? Rasanya saya tak sempat pun jemur kain hari ni. Semalam lagilah, saya kat luar K.L.

`Oooo. .. saya sidai kain 2 hari lepas belum saya ke Kuantan. Dah pesan kat anak supaya angkat. Laa...rupanya tak diangkat olehnya...' Baru saya teringat bila saya sidai kain di ampaian.

Oh, macam tu...takpelah, tapi kena basuh balik lah kain tu..dah kena hujan.' Ujar jiran saya selepas mendengar penjelasan saya.

Dalam kepenatan saya terus mengangkat kain sambil mulut saya `pot pet pot pet' membebel kat anak perempuan saya yang tercegat dengan muka bersalah.(Semua orang perempuan atau mak suka membebel ke? Atau saya sorang saja?).  

`Sorry bu, saya lupa' . Ujar anak saya dengan muka  bersalah.
Sabar je laa.. (tapi `hot' jugalah').

Dah berhujan kena basuh balik lah kain ni..Kenapa ya? Kotor ke air hujan tu? Entahlah.Tapi nenek saya dulu mengajar saya macam tu..takut terkena penyakit kulit katanya. tak tahulah kebenarannya. Nenek saya bukan ahli sains yang mengkaji tetapi berdasarkan pengalaman-pengalaman yang dilalui. Kebanyakan  petua orang-orang tua dahulu adalah dari pengalaman yang dilalui. Mungkin ya mungkin tidak.

Bila hujan, ramai yang susah hati. Kain tak kering, susah nak keluar, macam-macam lah.
Bila panas pun ramai juga yang susah  hati..
Habis tu nak hujan ke panas?
Tapi ada sebab Allah menurunkan kita hujan...

Seperti firman Allah S.W.T :
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi… (Al-Araf: 96).

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “
Sekiranya hambaKu mentaatiKu, Aku akan menurunkan kepada mereka hujan pada waktu malam dan sinar matahari pada waktu siang, dan tidak akan memperdengarkan kepada mereka bunyi guruh” (Riwayat Imam Ahmad).


Thursday 17 November 2011

Tak Hebat Ke?


Semenjak dari kecil saya selalu dengar orang kata, `perempuan lah tu bawak kereta,'  terutamanya bila tengok  kereta yang dipandu perlahan sehingga mengganggu perjalanan kenderaan lain. Betul ke orang perempuan tak tahu memandu dan betul ke orang lelaki hebat memandu?

Dua hari yang lalu saya memandu ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan ditemani oleh rakan baik saya atas urusan kerja. Kemudian balik semula ke KL besok harinya. Saya bawak kereta perlahan je..maklumlah orang kata orang perempuan ni penakut nak bawak laju2. Memang perlahanlah (walaupun meter kereta saya menunjukkan 110km) sebab saya tengok orang lain berdesum memotong kereta saya. Kejap aje dah hilang dari pandangan. Saya rasa macam terkedek-kedek je bawak kereta. Sampai area hentian Maran, sebuah kereta yang dah remuk melintang di tepi jalan. Pemandu tu lelaki sebab semua lelaki yang berdiri tepi jalan.

Pergi lagi dalm 30KM sebuah lagi kereta jenis Honda tertonggeng dalam longkang ditepi jalan. Takde juga perempuan ditepi jalan. Beberapa orang lelaki sibuk menelefon tercegat-cegat ditepi jalan.

Saya terus perlahan kereta saya yang sememangnya dah perlahan. Dalam hati  terus berdoa supaya dilindungi Allah. Takpelah tak hebat pun asalkan selamat.

Kemudian teringat pula kisah balik kampung raya baru-baru ni, balik raya kat Kelantan, ramai yang tahu akan menempuh jem yang teruk sehingga berbelas-belas jam. Memanglah kami sekeluarga terkena. Punca jem tu adalah disebabkan oleh pemandu-pemandu yang perasan `hebat;' ni lah...memotong dari kiri jalan kemudian `mencilop' nak masuk sehingga kereta lain terpaksa brek mengejut. Tak hebat ke suami saya yang memandu secara berhemah, tidak memotong di laluan kiri dan tidak menyusahkan orang lain? Saya pun hairan juga kenapa ramai yang tidak suka menyusahkan diri sendiri tetapi menyusahkan orang lain tak mengapa.


Kepada yang akan memandu sepanjang cuti sekolah ni, hati-hati bila memandu.. Jadilah pemandu yang berhemahdan bertimbangrasa. Insya Allah Selamat

Monday 14 November 2011

Penyakit Tombong (Prolapse)

Wanita perlu berhati-hati dengan penyakit ini. Ramai yang tidak tahu dan tidak kisah malah ada yang tidak percaya tentang perkara ini boleh terjadi.

Macamana penyakit ini??
Penyakit tombong (prolapse) berlaku apabila rahim terjatuh ke bawah atau mungkin terkeluar dari faraj...ohh..ngerinya...apa jadi kalau terkeluar dari faraj? Bila duduk mencangkung boleh nampak benda tertojol keluar melalui faraj. Bila berdiri terasa benda terkeluar dari celah tuu..kadang-kadang panjang tu lebih kurang seruas jari...

Wanita yang mengalami penyakit ini akan menjadi tidak selesa, susah berjalan, menyebabkan berlaku keputihan atau jangkitan pada faraj, kerap kencing, sakit pinggang dan yang paling ditakuti oleh wanita adalah boleh menjejaskan hubungan kelamin (nanti suami cari lain)..

Macamana boleh berlaku?
1. Tidak berpantang dengan betul selepas melahirkan anak
2. Mengangkat benda-benda berat
3. Terjatuh dan terhempap punggung
4. Sembelit ketika dalam pantang (meneran terlalu kuat)
5. Baka (mungkin ada keturunan yng pernah mengalaminya)
6. Kekurangan hormon akibat menopous
7. Fibroid (tumbuhan yang menolak rahim ke bawah)
8. Kelahiran yang bermasalah seperti terpaksa menggunakan forcep atau vacum

Sebagai wanita kita perlu berjaga-jaga sampai boleh terjadi....oleh itu, elakkan daripada perkara-perkara di atas terutama semasa dalam pantang. Sebab tu kalau bersalin kena pantang betul-betul..Jangan kata kolot bila disuruh berpantang.. Kalau tengok sekarang ni.. Anak baru umur seminggu pun dah ber`window shopping' ..ngeri betul... Minum ais dalam pantang...jauhkanlah..masa muda belum lagi terasa. Bila dah meningkat usia nanti...merasalah..

Kita juga boleh lakukan senaman untuk menguatkan otot-otot rahim seperti senaman lantai punggung..

Atau anda juga boleh amalkan makan jamu atau maajun. .

Susu Kambing atau Susu Lembu

KAMBING

Kambing dikaitkan dengan bau yang busuk...kalau tak mandi busuk macam kambing. Itu adalah satu kenyataan berasas atau tidak...entahlah.. tapi kambing dan susu kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.W.T dan para anbiya'.

Susu kambing banyak khasiat berbanding susu lembu...antaranya ialah:

1. Sangat baik untuk ibu-ibu mengandung kerana mengandungi protein, kalsium dan vitamin A
2. Boleh mencegah penyakit jantung
3. Boleh mengelakkan terkena osteoporosis
4. Meningkatkan daya ingatan
5. Mencantikkan kulit kerana mengandungi citamin c yang tidak teroksida
6. Menguatkan antibodi seseorang

Dan yang pastinya daging kambing memang sedap dimakan  (lamb chop)

Namun, ada yang berpendapat orang yang mengidap darah tinggi tidak boleh makan daging kambing. Bahaya dan boleh membawa maut. Sebenarnya bukan daging kambing yang merbahaya tetapi cara memasaknya. Terutamayan apabila dimasak dengan santan pekat yang berkolestrol tinggi, masuk pula kerisik..yang asalnya daripada kelapa (kolestrol tinggi juga)...jadi memang merbahaya untuk dimakan..bukan dagingnya tapi bahan-bahan yang digunakan untuk memasak daging kambing.. jadi masaklah dengan cara memanggang atau sup. Lebih mudah dan lebih selamat. InsyaAllah.