Monday 21 November 2011

Hujan yang turun bagaikan Mutiara

Kring!!!!
Sebaik sahaja saya sampai di rumah tiba-tiba telefon bimbit saya berdering minta di angkat. Deringan Telefon bimbit saya turut menyebut nama si pemanggil. Canggih betul telefon sekarang, boleh sebut nama pemanggil. Pencipta telefon ni memang inovatif dan bijaksana. Tetapi saya bukan nak cerita pasal si pembuat telefon ni.

`Hello!! ' Suara jiran saya kedengaran dihujung telefon.
Ya, saya. Ada apa Kak yah? (Tanya saya kepada jiran yang menelefon)
`Awak takde kat rumah ke? Kain di ampaian tak berangkat. Dah kena hujan pun. Sungguh prihatin jiran saya ni..

Oh! ye ke? Dalam hati saya berfikir, bila pula saya jemur kain? Rasanya saya tak sempat pun jemur kain hari ni. Semalam lagilah, saya kat luar K.L.

`Oooo. .. saya sidai kain 2 hari lepas belum saya ke Kuantan. Dah pesan kat anak supaya angkat. Laa...rupanya tak diangkat olehnya...' Baru saya teringat bila saya sidai kain di ampaian.

Oh, macam tu...takpelah, tapi kena basuh balik lah kain tu..dah kena hujan.' Ujar jiran saya selepas mendengar penjelasan saya.

Dalam kepenatan saya terus mengangkat kain sambil mulut saya `pot pet pot pet' membebel kat anak perempuan saya yang tercegat dengan muka bersalah.(Semua orang perempuan atau mak suka membebel ke? Atau saya sorang saja?).  

`Sorry bu, saya lupa' . Ujar anak saya dengan muka  bersalah.
Sabar je laa.. (tapi `hot' jugalah').

Dah berhujan kena basuh balik lah kain ni..Kenapa ya? Kotor ke air hujan tu? Entahlah.Tapi nenek saya dulu mengajar saya macam tu..takut terkena penyakit kulit katanya. tak tahulah kebenarannya. Nenek saya bukan ahli sains yang mengkaji tetapi berdasarkan pengalaman-pengalaman yang dilalui. Kebanyakan  petua orang-orang tua dahulu adalah dari pengalaman yang dilalui. Mungkin ya mungkin tidak.

Bila hujan, ramai yang susah hati. Kain tak kering, susah nak keluar, macam-macam lah.
Bila panas pun ramai juga yang susah  hati..
Habis tu nak hujan ke panas?
Tapi ada sebab Allah menurunkan kita hujan...

Seperti firman Allah S.W.T :
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi… (Al-Araf: 96).

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “
Sekiranya hambaKu mentaatiKu, Aku akan menurunkan kepada mereka hujan pada waktu malam dan sinar matahari pada waktu siang, dan tidak akan memperdengarkan kepada mereka bunyi guruh” (Riwayat Imam Ahmad).


1 comment:

  1. nak jadi ibu memang kena bijak membebel, itu satu skill yang Allah kurnia pada orang perempuan... :)

    ReplyDelete