Tuesday 10 January 2012

Malang atau Peringatan?

Petang tadi saya telah ke kedai fotostat di Serdang. Semasa hendak keluar dari kereta, saya dan rakan-rakan telah didatangi seorang lelaki berjanggut dan berkopiah  meminta derma dengan menjual ayat-ayat suci Al-Quran. Seorang rakan saya telah menghulurkan derma kepada lelaki tersebut. Disebabkan mengejar masa (kerana perlu ke pejabat fakulti UPM sebelum pukul 5, masa tu dah pukul 4 lebih) saya tidak mengendahkan mereka tetapi tergesa-gesa masuk ke dalam kedai fotostat.  

Dalam kekalutan memeriksa bahan fotostat dan membuat pembayaran, lelaki tadi telah menghampiri saya dan meminta derma dengan ikhlas. Saya dengan selamba menjawab `akak saya dah bagi kat luar' tadi' (akak yang saya maksudkan adalah kawan saya tadi). Entah apa perasaan saya pada masa tu saya tak pasti...tapi memang saya malas nak layan orang dalam keadaan tergesa-gesa ..memang saya nak cepat..lelaki tadi berlalu dan memohon maaf  kerana.. ..kerana apa pun saya tak tahu..(mungkin kerana muka saya semacam kot)

Saya dan rakan-rakan terus bergegas untuk ke fakulti bagi urusan peperiksaan. Semasa dalam perjalanan ke fakulti..tiba-tiba beg tangan saya (yang baru saya beli dan baru kali pertama saya pakai) terputus talinya dan bertaburan di jalanan. Tentulah saya panik...terkejut..cuak... terkilan..entah apa perasaan saya pada masa tu.. tetapi jauh di sudut hati saya ... perasaan menyesal menyelubungi..

Kejadian tersebut membuatkan saya terfikir kenapa ...? tiba-tiba saya teringat lelaki tadi...

mungkin itu balasan yang Allah bagi kepada saya atas perbuatan yang tak sepatutnya saya lakukan..


Rasulullah s.a.w. bersabda
`Sesungguhnya Allah SWT menciptakan makhluk sehingga apabila selesai urusan tersebut, Allah mencipta  Rahim dan berkata ” Ini adalah makam (tempat) bagi orang yang meminta perlindungan”.
Allah berkata kepada Rahim:
Apakah kamu setuju jika aku mencucuri rahmat ke atas mereka yang bersifat Rahim (kasihan belas) dan aku putuskan (rahmat) sesiapa yang tidak bersifat Rahim (kasihan belas).
Berkata Rahim “Bahkan aku redha (setuju)”.

Hadis tersebut membawa maksud kita perlu mempunyai sifat prihatin dan belas kasihan sesama manusia agar kita mendapat kerahmatan dan keredhaan Allah SWT.  Rasulullah juga menyuruh kita sentiasa bersedekah dan bercakap baik sesama manusia...(kata-kata saya tadi mungkin mengguris lelaki tersebut)


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Peliharalah dirimu dari api neraka dengan bersedekah (walaupun) separuh dari sebiji tamar (kurma), dan kalau tidak dapat sedekah itu, maka keluarkanlah kata-kata yang baik” (Riwayat Bukhari & Muslim)

3 comments:

  1. Keluhan orang miskin sangat berkesan di sisi Allah kerana Allah yang menjadikan mereka miskin. Hidup ini bagaikan putaran roda, Allah berkuasa menukarkan orang yang miskin menjadi kaya dan orang yang kaya menjadi miskin. Berhati-hatilah dengan keluhan orang miskin kerana ianya sangat mendapat tempat dan perhatian Allah.

    ReplyDelete
  2. wah, saya pun kena mengambil iktibar dari kejadian ini. selalu berprasangka terhadap yang meminta, memang bukan sifat terpuji , kan.

    ReplyDelete
  3. ya kak normah..kita perlu sentiasa muhasabah diri kita..asyik2 nak sangka buruk kat orang..rupanya Tuhan tak suka sifat sebegitu

    ReplyDelete