Wednesday, 8 February 2012

Do it yourself (D.I.Y)

KL Sentral!!

Saya memang jarang ke sana. Baru-baru ni saya bersama suami dan anak-anak pergi ke sana untuk menjemput ibu bapa yang datang menaiki ERL dari KLIA.

Tiba di KL Sentral sejam awal dari ketibaan mereka. Jadi, kami masuk ke McDonalds untuk mengalas perut yang sebenarnya tak berapa lapar pun...saja-saja untuk memenuhi masa agar anak-anak tak buat perangai macam-macam..

Selepas membeli makanan kami terus mendapat tempat duduk yang baru ditinggalkan oleh beberapa wanita. Alhamdulillah. Mudah pula dapat tempat walaupun restoran makanan segera tersebut penuh dengan pelanggan. Rezeki kami..saya percaya dengan ayat amalan yang sentiasa diamalkan untuk memudahkan segala urusan..

Bersebelahan meja kami duduk dua orang lelaki berbangsa Eropah...yang sedang enak menikmati hidangan mereka..saya tak kisah pun dengan mereka sebab tiada sebarang daya tarikan untuk melihat mereka..

Disebabkan meja kami terlalu hampir, pergerakan mereka terakam juga pada pandangan mata saya..

Selesai makan, mereka mengemas sisa-sisa makanan dan mengangkat dulang menuju ke tong sampah coklat di sudut restoran tersebut..

Nah!! sekarang memang saya dah tertarik dengan mereka..bukan rupa paras tapi tindakan mereka tadi..

`Bagus kan mereka', ujar saya kepada suami yang enak menghirup kopi..

Suami saya terhangguk-hangguk setelah berpaling melihat kelakuan dua mat Eropah tadi..

`Kita pun patut buat macam tu..' `tapi jarang orang Malaysia buat macam tu termasuk kita'.sambung saya lagi. Suami saya hanya diam tanpa apa-apa hujah. Cari idea agaknya.
Entah macam mana saya rasa tersindir dengan kelakuan mereka..(saya ni nak angkat pinggan lepas makan kat kantin sekolah pun kadang-kadang malas)..

`Rasulullah memang buat semua benda sendiri' Baginda tak suruh pun Aisyah atau sahabat-sahabat nya buat kerja untuk baginda.' dengan nada rendah suami saya bersuara dan mengangkat sisa makanan kami ke tong sampah untuk membuangnya..

Mula dari saat itu saya cuba buat seperti Rasulullah..(bukan sebab mat Eropah tu).. buat sendiri..jangan jadikan orang lain hamba kita... do it yourself (D.I.Y).Insya Allah

Tuesday, 10 January 2012

Malang atau Peringatan?

Petang tadi saya telah ke kedai fotostat di Serdang. Semasa hendak keluar dari kereta, saya dan rakan-rakan telah didatangi seorang lelaki berjanggut dan berkopiah  meminta derma dengan menjual ayat-ayat suci Al-Quran. Seorang rakan saya telah menghulurkan derma kepada lelaki tersebut. Disebabkan mengejar masa (kerana perlu ke pejabat fakulti UPM sebelum pukul 5, masa tu dah pukul 4 lebih) saya tidak mengendahkan mereka tetapi tergesa-gesa masuk ke dalam kedai fotostat.  

Dalam kekalutan memeriksa bahan fotostat dan membuat pembayaran, lelaki tadi telah menghampiri saya dan meminta derma dengan ikhlas. Saya dengan selamba menjawab `akak saya dah bagi kat luar' tadi' (akak yang saya maksudkan adalah kawan saya tadi). Entah apa perasaan saya pada masa tu saya tak pasti...tapi memang saya malas nak layan orang dalam keadaan tergesa-gesa ..memang saya nak cepat..lelaki tadi berlalu dan memohon maaf  kerana.. ..kerana apa pun saya tak tahu..(mungkin kerana muka saya semacam kot)

Saya dan rakan-rakan terus bergegas untuk ke fakulti bagi urusan peperiksaan. Semasa dalam perjalanan ke fakulti..tiba-tiba beg tangan saya (yang baru saya beli dan baru kali pertama saya pakai) terputus talinya dan bertaburan di jalanan. Tentulah saya panik...terkejut..cuak... terkilan..entah apa perasaan saya pada masa tu.. tetapi jauh di sudut hati saya ... perasaan menyesal menyelubungi..

Kejadian tersebut membuatkan saya terfikir kenapa ...? tiba-tiba saya teringat lelaki tadi...

mungkin itu balasan yang Allah bagi kepada saya atas perbuatan yang tak sepatutnya saya lakukan..


Rasulullah s.a.w. bersabda
`Sesungguhnya Allah SWT menciptakan makhluk sehingga apabila selesai urusan tersebut, Allah mencipta  Rahim dan berkata ” Ini adalah makam (tempat) bagi orang yang meminta perlindungan”.
Allah berkata kepada Rahim:
Apakah kamu setuju jika aku mencucuri rahmat ke atas mereka yang bersifat Rahim (kasihan belas) dan aku putuskan (rahmat) sesiapa yang tidak bersifat Rahim (kasihan belas).
Berkata Rahim “Bahkan aku redha (setuju)”.

Hadis tersebut membawa maksud kita perlu mempunyai sifat prihatin dan belas kasihan sesama manusia agar kita mendapat kerahmatan dan keredhaan Allah SWT.  Rasulullah juga menyuruh kita sentiasa bersedekah dan bercakap baik sesama manusia...(kata-kata saya tadi mungkin mengguris lelaki tersebut)


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Peliharalah dirimu dari api neraka dengan bersedekah (walaupun) separuh dari sebiji tamar (kurma), dan kalau tidak dapat sedekah itu, maka keluarkanlah kata-kata yang baik” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Monday, 9 January 2012

Punca pintu rezeki menjadi sempit

Kita perlu selalu selalu berdoa..supaya dimurahkan rezeki yang halal kepada kita..
Rezeki bukan sahaja berkaitan dengan makanan dan harta benda...
Anak adalah rezeki, hidup bahagia adalah rezeki, suami yang baik adalah rezeki, semua yang diberikan Allah adalah rezeki..

Oleh itu, ada beberapa perkara untuk mengelakkan pintu rezeki menjadi sempit
  • meninggalkan solat
  • derhaka kepada Allah
  • derhaka kepada ibu bapa
  • membiarkan ahli keluarga derhaka kepada Tuhan dan ibu bapa
  • memutuskan silaturrahim
  • tidak membayar zakat
  • tidak membayar hutang
  • melakukan zina, homoseks, lesbian
  • memakan riba
  • memakan harta anak yatim
  • hati kotor
  • sering bercakap dusta
  • menunjuk-nunjuk
  • khianat
  • mengungkit
  • menyelidik rahsia orang
  • menyebar fitnah
  • kencing berdiri
  • memberi dan menerima rasuah
  • kedekut ilmu
elakkan lah dari bersifat seperti di atas supaya rezeki kita lebih murah

Mulut manis!!!

Kita perlu hati-hati bila bercakap ..
Kerana setiap patah yang keluar dari mulut kita menggambarkan daya intelektual dan pemikiran kita..
Atau lebih mudah nak faham menggambarkan cerdik atau tak cerdik (bodoh) nya kita..

Daya intelektual bermaksud kemampuan kita untuk berfikir dan memahami atau akal budi...

Dari maksud-maksud di atas,  golongan intelek pula boleh dijelaskan sebagai reaksi atau jawapan dari kaum cerdik pandai iaitu golongan yang mempunyai daya berfikir yang tinggi terhadap sesuatu isu samada isu kecil atau besar. Golongan cerdik pandai ni biasanya terdiri daripada mereka yang mahir dalam bidang masing-masing atau mempunyai tahap pendidikan yang tinggi seperti memiliki ijazah kedoktorat. Golongan intelek apabila bersuara akan mengeluarkan fakta berdasarkan pemikiran analitik dan bernas jauh sekali bercakap omong kosong atau hanya melepaskan perasaan semata-mata..

Selalu kan kita dengar orang suka salahkan orang lain atau mengata, mengutuk orang ..(macam diri sendiri tu bagus sangat). Contohnya lah..selalu sangat saya terbaca di facebook , ada yang suka mengata orang lain bodoh lah sial lah..tanpa disedari yang bodoh dan sial itu adalah diri sendiri..sebab bila sentiasa membodohkan orang lama-lama diri sendiri yang bodoh (tak ke sial nama nya tu?) nauzubillah..

jadi, hati-hati bila berkata-kata..

Mulut yang manis itu adalah dari kata-kata yang manis..

walaupun pakai lipistik setebal 5 inci atau berjenama terkenal pun takkan nampak manis jika kata-kata yang tak manis dikeluarkan..

Kata-kata juga melambangkan akal budi kita...

Saturday, 31 December 2011

Menunggu Detik 2012

Detik-detik terakhir 2011...dan akan bermula detik baru 2012
tiba-tiba hati ku tercuit satu rasa..(sekarang ni aku rasa sejuk sangat sebab kat luar hujan mencurah tak henti-henti..tapi bukan rasa itu yang dimaksudkan)

Perasaan sebenarnya..
2011 yang berlalu..
rasanya belum puas melewatinya..
rasa sayu disatu sudut di dalam hati...

Aku rasa..aku  belum menjadi insan yang terbaik untuk insan yang aku sayangi..rasanya aku belum cukup membuatkan semua orang disekelilingku bahagia..

Ya..allah..panjangkan umurku supaya aku masih berpeluang membahagiakan orang-orang disekelilingku..
Mungkin sebelum ini aku belum mencapai tahap itu..azam baru 2012..aku mahu membuatkan semua orang bahagia..makbulkan doaku ya Allah..

Thursday, 1 December 2011

Jom jadi Usahawan

Cuti sekolah ni merupakan masa yang sangat sibuk bagi saya terutama dalam menyiapkan tugasan master saya. Berkejar ke sana ke mari menghadiri kelas, membuat pelbagai tugasan di samping menguruskan hal rumah tangga. Antara tugasan yang perlu dilbuat adalah menemuramah insan-insan bergelar usahawan berjaya. Memang ditakdirkan saya bertemu dengan seorang usahawan terkenal dan seorang usahawan contoh yang mendapat anugerah inovasi.

Saya dan dua orang rakan saya (Nony dan Norly) telah berjumpa dengan Dr. Azimullah atau lebih dikenali sebagai Dr Azimuth yang mempunyai rangkaian perniagaan produk herba. Sebelum ini saya ingatkan beliau hanya usahawan yang hanya terlibat dengan bisnes ubat-ubat herba ni. Sebab sebelum ni suami saya pun pernah menggunakan produk untuk rambut..

Apabila mata bertemu mata, bertentang muka.. rupa-rupanya Dr Azimuth memang insan hebat yang patut menjadi contoh kepada generasi-generasi muda sekarang ini.. Seorang usahawan bergelar jutawan yang memegang prinsip `kita perlu menjadi orang yang baik, kemudian kita perlu baik kepada orang lain', memiliki wawasan dan prinsip hidup yang sungguh jitu.

Setiap patah perkataannya ...penuh dengan nasihat dan sentiasa memberi semangat. Dr ni mempunyai target melahirkan lebih ramai usahawan Islam dengan menubuhkan Institut Pembangunan Keusahawanan (EDI). Menurut beliau, orang Islam perlu bangkit menjadi usahawan berjaya.. perlu menguasai ekonomi negara..pelu ubah minda masyarakat Melayu yang hidupterbaik hanyalah makan gaji. Kita takkan ke mana dengan prinsip tersebut. Orang Melayu telah jauh terpinggir dalam menguasai ekonomi.  Tak mustahil satu hari nanti, orang Melayu Malaysia akan menjadi seperti orang Indonesia sekarang ini iaitu berhijrah ke negara lain untuk bekerja sebagai pembantu rumah..nauzubillah..jauh-jauhkan daripada terjadi kepada anak-anak kita.. Tak masuk dek akalkah penyataan ini??

Cuba renungkan..kita tiada kuasa dalam ekonomi..semua syarikat-syarikat telah dimiliki oleh bukan Melayu. Sudah pasti ruang untuk alam pekerjaan amat perit... Dalam seribu mungkin sorang  sahaja yang boleh..Itupun kalau mahir berbahasa Inggeris dan Mandarin.. Apa nak jadi..Kerja dengan kerajaan?? Belum tentu ada tempat yang mencukupi untuk menampung semua. Gejala pengangguran telah terjadi hampir sedekad sudah.. akan berterusan dan mungkin menjadi lebih teruk..

Memang betul,  kita perlu bangkit..supaya kita (mungkin anak, cucu, cicit kita) tidak menempuh kesusahan pada masa hadapan.. Salah satu bidang yang boleh membangkitkan kita adalah menjadi Usahawan.  Dr. Azimuth mengambil tanggungjawab melatih dan membimbing bakal-bakal usahawan sehingga mereka berjaya menjadi usahawan yang boleh menjana pendapatan lumayan dan membantu pertumbuhan ekonomi negara. Paling mengharukan tapi membanggakan adalah....FOC..

Nak bisnes apa?? Macam-macam bisnes boleh dilakukan asalkan ada kesanggupan..(Kalau berminat boleh menghubungi EDI..) bukan promote tetapi berkongsi maklumat..

Lagi satu Institut Latihan Keusahawanan yang memang hebat juga adalah Akademi Alfafa milik Ustaz Norsham... juga membantu mereka yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Melalui Akademi ini, pelatih akan diajar sepenuhnya untuk menjadi usahawan melalui latihan secara `hands on'. Kemudian diberi peluang menubuhkan perniagaan sendiri dalam pelbagai bidang di mana Alfafa akan menjadi penjamin.

Paling menarik adalah penubuhan Koperasi Alfafa yang akan membantu dan menyokong mereka yang ingin menubuhkan Mini market Halal. Kalau selamanya ni makanan halal dikuasai oleh bukan Islam.. apa salanya dan memang sepatutnya kita menyokong dan menceburkan diri dalam pasaran makanan halal..

Selain tu ada pelbagai peluang perniagaan sepert
- Tadika Islam Keusahawanan
- Berani bergerak
- Kecantikan
- Canopy and catering

dan macam -macam lagi

Jom kita bangkit menjadi usahawan berjaya bergelar jutawan!!!!!1



Nak kahwin..Siapa yang patut jemput tetamu...?

Hari ini saya terbaca sebuah artikel dalam majalah Wanita berkaitan dengan sikap anak-anak zaman sekarang atau pun lebih tepat lagi satu trend yang mungkin baru menular dalam masyarakat kita hari ini. Mungkin terlalu mengikut peredaran zaman dan menganggap sesuatu perkara telah ketinggalan zaman. Yang paling dasyat...sanggup melukakan hati dan meminggirkan perasaan ibu bapa..

Artikel itu berkaitan dengan kad jemputan kahwin. Kebiasaannya apabila anak-anak akan mendirikan rumahtangga,  ibu bapa akan menguruskan perkahwinan anak-anak dari hal menjemput saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, rakan taulan dan kenalan sehingga semua urusan berkaitan kenduri kendara. tapi apa yang berlaku... ada kes anak-anak menguruskan segala-segalanya tanpa pengetahuan ibu bapa sehinggalah pada kad jemputan juga ditulis nama anak sebagai orang yang menjemput tetamu.. nama ibu bapa pula termasuk dalam senarai `Turut Mengundang'.. (kalau nak baca kisah ni boleh beli majalah Wanita keluaran Disember)

Aduhh!!! apa nak jadi agaknya???

Apa perasaan anda sekiranya anda adalah ibu bapa yang terlibat? Tak Kisah??? Kecil hati?? Tersentuh???Atau boleh buat tak tahu je..?
Apa kata saudara mara, jiran tetangga, rakan taulan agaknya...?

Patut ke semua ni berlaku?